Aku memang seorang yang kuat bekerja
sementara teman lelakiku bekerja di jabatan yang sama tetapi berlainan tempat.
Satu hari, ada seorang pekerja perempuan yang baru. Dia telah di tempatkan di
cawangan yang sama dengan teman lelakiku. Biarkan ku namakan dia Ina (bukan nama
sebenar) dan nama teman lelakiku, Arief (juga bukan nama sebenar).
Ina, seorang gadis yang sosial dan memikat
ramai lelaki. Satu hari dia telah cuba memikat teman seofis dengan ku, Omar.
Tapi malangnya tidak di layan.
Dia cuba memikat Arief, teman lelakiku
tetapi pada mulanya Arief memang tidak melayan. Oleh kerana tidak dapat di
layan oleh Arief, Ina cuba dengan cara halus.
Selama ini, Ina belum pernah membawa
makanan dari rumah begitu juga minuman. Dari saat itulah, setiap hari lah dia
memberi Arief makan dan oleh kerana Arief tidak sampai hati, dia pun makan
makanan yang di bawa oleh Ina tanpa memikirkan perkara buruk akan berlaku.
Perubahan demi perubahan aku dapat lihat
bila Arief dari seorang yang talkative menjadi pendiam. Dari seorang yang kuat
sembahyang menjadi malas dan lebih teruk lagi, menjadi "angau". Semua
pekerjaannya menjadi terbengkalai.
Sehinggalah boss memanggil Arief dan
menasihati dia. Tapi malangnya, perangainya makin menjadi-jadi.
Satu hari, selepas aku menunaikan
sembahyang Maghrib, aku hampir pitam kerana melihat banyak darah keluar dari
celah kakiku. Aku baru saja abis uzur 2 hari lepas tetapi nda kan uzur lagi.
Tetapi kali ane, perutku memulas-mulas
sakit. Oleh kerana terlalu banyak darah yang keluar, terus ku bawa kerumah sakit
keesokkan harinya.
Dari hasil scan dan x-ray yang di ambil,
doktor merasa hairan kerana tidak dapat menjumpai apa-apa dari hasil
pemeriksaan tersebut. Doktor memberi painkiller dan satu lagi ubat untuk menahan
sakit. Doktor memberi next appointment ke bulan depan.
Selepas kejadian tersebut, setiap malam
pukul 12 tengah malam, aku akan terbangun kerana sakitnya hanya Tuhan yang
tahu. Aku juga merasa seperti ada orang memerhatiku. Aku selalu mendengar
bunyi-bunyi yang aneh dan memang meremang bulu romaku. Selama 2minggu menderita
sehinggalah satu hari aku pergi jumpa seorang ustaz.
Dari ustaz tersebutlah semuanya terbongkar.
Sebenarnya aku telah di buat orang dengan ilmu hitam. Tujuannya hanya satu.
Supaya teman lelaki ku meninggalkan ku. Ustaz memberiku ayer yang telah di baca
dengan ayat2 Al-Quran.
Seminggu selepas aku berjumpa ustaz
tersebut, aku telah di duga lagi. Selepas sembahyang Subuh, badanku terasa
berat sekali seolah-olah ada orang yang menyikut di belakang badanku. Aku
terasa lemah sekali.
Tapi aku tidak memperduli dan terus pergi
ketempat kerja. Sampai di tempat kerja, aku merasa bertambah berat. Lalu aku
membaca ayat Qursi sehinggalah masuk kedalam ofis. Tiba-tiba aku merasa pening.
Olehkerana tidak tahan menahan sakit, aku pergi kerumah pakcikku. Kebetulan
pakcikku juga orang yang pandai meliat. Sampai kerumah pakcikku, pakcikku terus
menegurku. "Lai, siapa ikut kau tu." Padahal pakcikku tau yang hanya
aku seorang saja dalam kereta ku. "Lai, baik tah kau balik tarus
kerumah." Rupanya pakcikku ada message ku. Dalam message nya, "Lai,
aku buat kau dari rumah ne. Kau baca-baca ayat Qursi sampai kau
kerumahmu."
Oleh kerana setiap hari merasa tersiksa,
aku membawa teman rapat ku, Kelisa untuk berjumpa orang Sifa atas nasihat
teman-temanku.
Aku terkejut bila ustaz memberi jawapan
yang sama sebagaimana ustaz yang pertama, aku jumpai. Semasa ustaz tu merawat
ku, aku dapat mendengar bunyi orang berteriak meminta tolong padahal hanya aku,
temanku dan ustaz sahaja yang berada di sana. "Haaaa, tolong aku, aku panas."
Aku mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Sehinggalah rawatan tu
selesai dan sebelum aku membuka mulut, ustaz tersebut memberitau yang apa yang
ku dengar tu datangnya dari badanku. Malah orang itu juga menghantar orang
sehingga kerumahku. Patutlah aku di ganggu sehingga kerumah.
Berkat usaha ustaz tersebut, aku pun sihat.
Ustaz telah pun memagari agar aku tidak lagi di datangi mahluk tersebut.
Tiga hari selepas mendapat rawatan ustaz
tersebut, aku telah di datangi oleh satu mimpi yang mengerikan. Dalam mimpi
tersebut aku telah berjumpa dengan seorang lelaki tua dan mukanya sangat
menakutkan. Yang menghairankan, aku bermimpi di siang hari. Aku telah terlelap
selepas aku menunaikan sembahyang Zohor.
Lelaki tua tersebut telah memberi amaran
agar aku menjauhkan diri dari anak buahnya kalau mau selamat. Aku terus
terbangun dan selepas bangun, aku terus termuntah-muntah. Nafsu makan ku terus
hilang. Berat badan ku terus menurun dengan tiba-tiba(aku telah menderita sakit
hampir 4 bulan).
Manakala teman lelakiku, Arief terus
terpukau dengan Ina. Dia langsung tidak memperduli akan diri ku walaupun dia
tahu aku sakit. Dia seperti menjadi seperti orang Dungu atau bodoh dan tidak
memperduli akan teman-temannya lagi. Arief terus memutuskan hubungan denganku tanpa
sebarang alasan. Walaupun putus hubungan, aku tetap di ganggu mahluk tersebut dan
Arief terus berubah sehingga lah sekarang.
Semasa hariraya yang lepas, Ina telah
keluar bersama dengan teman lelakinya tanpa pengetahuan Arief. (Ina memang
mempunyai teman lelaki. Dia telah bersama teman lelakinya selama 10 tahun.)Tapi
setelah Arief mengetahuinya dari teman rapatnya, Arief merasa begitu marah
kerana tertipu. Selepas berjumpa Ina, hati Arief menjadi cair dan dia terus
memaafkan Ina.
Satu hari, Ina telah memberitau Arief yang
dia telah hamil. Dia menyuruh Arief berkahwin dengannya. Arief hanya menurut
tanpa bantahan.
Apa yang ku dengar dari teman-temannya yang
Arief telah di tundukkan oleh Ina. Teman-temannya cuba membawa Arief untuk
mendapatkan rawatan tetapi malangnya Arief membantah malah memarahi dan
memutuskan tali persahabatan dengan teman-temannya.
Kini mereka hanya menunggu tarikh
pernikahan mereka. Walaupun aku kecewa, tetapi aku tetap mendoakan agar Arief
bahagia dengan bakal bini tersayang. Apa yang penting, aku mahu sihat seperti sediakala
tanpa di ganggu atau di ekori oleh makhluk tersebut.