luahan seorang isteri yang teraniaya



Assalammualaikum, mintak admin hide kan saya punya profile ye. Terima kasih. Saya terpanggil untuk bercerita tentang kisah rumah tangga saya sebab dah tak tahan dengan perangai suami saya. Awal bulan julai nanti akan masuk tahun ke-6 perkahwinan saya dan suami. Masa mula-mula saya kenal suami, saya tak selidik sangat latar belakang dia sebab tengah angau kan. Setahun perkenalan kami bertunang. Sebelum bertunang cuma sekali dia bawak saya jumpa keluarga dia. Saya tengok keluarga dia tak sesenang mana cuma boleh lah untuk hidup. Sebulan menghampiri tarikh perkahwinan, saya mintak sijil spm dia untuk tolong dia dapatkan pekerjaan sebab lepas kahwin kami akan berpindah ke rumah keluarga saya di selatan. Dan keluarga dia diutara. Dia cuma cakap okay dan akan suruh adik dia pos sijil spm tu. Last2 saya call adik dia untuk tanya dah pos ke belum sijil abg dia. Rupa2nya adik dia bagitau yang abang dia sekolah tak habis jadi mana datangnya sijil spm. Saya mengamuk jugak sebab dia tipu saya.

Tapi saya terpaksa mengalah sebab tarikh perkahwinan dah dekat. Mulanya saya redha mungkin ini nasib saya. Lepas kami kahwin, saya baru tau yang salah seorang abangnya meninggal sebab isap dadah. Saya cuma berharap yang suami saya takkan mengisap dadah. Setahun perkahwinan, alhamdulillah takde masalah, dah ade anak sorang pun hubungan kami masih okay. Cuma masa saya mengandungkan anak kedua, abang dia datang dari kampung untuk mencari kerja disini dan nak menumpang dirumah kami. (Masa tu kami dah duduk rumah sewa sendiri) saya pun okay la sebab niat nak tolong. Masa mula abang dia dapat kerja, saya keluarkan duit saya untuk beli pakaian kerja abang dia sebab gaji suami dah habis bayar hutang. Bila dah lama sangat abang dia tinggal bersama kami saya jadi sakit hati sebab dia dapat gaji langsung tak tolong beli barang dapur ataupun hulur apa. Dah la baju suka letak atas lantai dalam bilik air, saya yang kutip dan basuh. Makan pun saya masak untuk dia bawak bekal. Bila saya masak untuk makan tengah hari, dia habiskan tanpa fikir yang suami saya belum makan.. Bila saya suarakan pada suami, dia cuma boleh cakap nk buat macam mana tu dah perangai dia dari dulu.

Perlahan2 saya mula salahkan didikan emak dan ayah dia.. Last sekali saya terpaksa halau abang dia dari rumah kami sebab abang dia isap ganja dan saya terjumpa perlatan tersebut selain saya terjumpa tab milik saya dalam beg sandang dia. Abang dia kerap kali bawak balik kawan2 yang perangai tak senonoh. Buat macam rumah sendiri tapi tak pernah hulurkan ape. Masa saya bersalin anak kedua mak mertua saya datang dari kampung nak jaga saya dalam pantang, saya pun layan baik jelah tapi setiap hari rasa sakit hati sebab bila saya ke dapur, pinggan mangkuk dan peralatan memasak berlonggok dalam singki.. Mula lah saya membebel2.. Suami saya marah jugak sebab saya tak jaga hati mak dia.. Dahla saya tensyen dengan abang dia, mak dia pulak macam ni. Bila mak mertua saya nk balik, suami ada hulurkan duit pada maknye dalam rm350. Saya biar je sebab ingat guna duit dia. Tapi bila check akaun bank saya tinggal seratus lebih je. Bila tanya suami kenapa guna duit saya bagi kt mak dia, dia boleh cakap yang mak dia susah2 datang dari kampung untuk jaga saya, ape salahnya dia bagi. Start dri tu saya mula simpan dendam kt suami.. Masa anak kedua berusia 4bulan, hari tu suami bagitau dia nak keluar dengan kawan sebab nak hantar kereta kawan dia nak jual. Sampai ke maghrib ada orang call bagitau saya yang suami kena tangkap sebab bawak kereta curi dan saya diminta datang kebalai. Saya menangis2 kenapa lah suami tipu saya. Last2 saya pergi jugak kebalai dengan adik saya dan tunang kawan suami tu. Nasib lah mak saya nak tolong jaga anak2 saya. Hampir 2minggu suami berada dalam lokap dan dibebaskan dengan jaminan polis. Saya ingat dia dah serik dan takkan buat hal, rupa2nya lagi teruk, atas pengaruh kawan dia isap batu/ice dan bila saya jumpa dia tak mengaku. Dia bagi alasan tolong simpankan kawan punya. Tapi saya memang dah tak percayakan dia. Kami kerapkali bertukar rumah sewa sebab suami dah tak bekerja dan tak mampu bayar sewa. Pernah sekali bil elektrik dipotong terus sebab dah banyak tertunggak dan akaun tersebut telah ditutup. Tuan rumah halau kami. Kami menumpang dirumah mal saya. Ayah saya mengamuk sebab suami tak kerja dan biarkan saya yang menanggung semua. Sampai satu saat saya buat keputusan untuk bercerai.. Tapi bila dipujuk mak mertua, hati saya jadi lembut dan saya bagi peluang lagi untuk dia berubah. Mula2 dia okay dan baik sangat. Jaga anak pun okay, tolong saya basuh baju lipat baju, basuh berak anak, jaga anak semua serba serbi baik lah..


3bulan lepas tu dia berhenti kerja. Alasannya majikan tak bagi cuti untuk kami balik ke kampung masa buat kenduri aqiqah anak. Saya pun cakap takpe lah nanti ari kerja lain. Rupa2nya bukan majikan bermasalah tapi dia. Dia berhutang dengan hampir 1 pejabat dan mereka berpakat untuk datang cari saya mintak bayarkan hutang. Untuk kesekian kalinya saya menangis sebab terpaksa tanggung semua, sudah lah rumah, pengasuh, api air dan sekolah anak saya yang tanggung. Dia hanya tau bersenang2 dirumah. Pejabat saya dekat dengan rumah, dalam 5minit dah sampai. Pernah beberapa kali masa saya balik ada kawan2 dia dirumah dan tanya suami kenapa mereka datang, doa boleh kata saja sembang2. Dah la barang makanan kt dapur habis dijamu kawan2 dia. Bila saya call mak mertua bagitau yang suami tak kerja, saya yang terpaksa menanggung semua, mak mertu cuma diam dan dia tak bagi respon ape2. Saya dah tak tau nak buat macamana, hari2 kami bergaduh. Malu pada jiran2 sebab suami tak bekerja tapi taknak jaga anak2, dan anak2 dihantar kerumah pengasuh. Apa keputusan yang patut saya lakukan bila suami tak bertanggungjawab macam ni. Untuk pengetahuan, suami seorang yang tidak suka sembahyang dan keluarganya juga tidak sembahyang kecuali emaknya.. Berharap yang kt luar sana yang nak kawin muda2 tu, selidik lah latar belakang sebelum menyesal tak sudah.

Menyesal Bersuamikan dia..



Kadangkala kita menyesal bersuami kan suami kita , mungkin kerana dia tidak seperti suami kawan kita yang selalu hidangkan kesenangan . Suami kawan kita berjawatan tinggi , selalu manjakan isteri dengan kesenangan , beri kan apa sahaja yang dihajat kan . Perwatakan nya pun lebih bergaya berbaju kemeja rapi . Sudah tentu kawan kita itu berbangga dengan suami nya . Kita merasa " cemburu " . suami kita tidak seperti itu .
Tapi tidak suami kita , pakaian nya sering kotor ketika pulang bekerja , pendapatannya tidak menentu , apa yang di minta sering tertangguh . Kadangkala merasa menyesal kerana memilih lelaki ini , sebelum ini di sangka kan rezeki suami lebih lebat selepas kahwin tetapi sebalik nya .
Bukan suami tidak " berusaha " tetapi mungkin belum sampai rezeki nya lagi untuk memberi hidup yang lebih senang .Kita sering mengeluh dengan kesusahan , kadangkala kita mencemuh suami dalam hati , kita mulai tidak ikhlas berkhidmat untuk nya . Ya , dia tidak seperti suami kawan kita , suami kawan kita " HEBAT " . Namun tahukah anda di sebalik tabir ketika keluar bekerja , mungkin suami kamu menangis sendirian di atas motosikal ketika menuju ke tempat kerja memikirkan sesuatu untuk berusaha membahagia kan kamu ? Jika suami kamu kuat bekerja siang dan malam dengan usaha nya , tapi hidup kamu masih belum senang seperti rakan-rakan kamu , itu ertinya suami mu telah pun IKHLAS berusaha tapi mungkin belum rezeki nya untuk lebih senang .
Keikhlasan nya berusaha itu sudah cukup membukti kan dia lah LELAKI terbaik yang Allah berikan untuk kamu , tapi kita terlupa sudut itu , kita lebih memandang kebahagiaan dari sudut harta dan benda . Ingat lah para isteri , hargai lah KEIKHLASAN suami mu yang kadangkala dia tak pernah bagitau kita . Kesusahan nya berusaha , jarang sekali dia ceritakan , kerana sikap seorang suami yang hanya mahu kamu tahu yang indah2 sahaja mengenai nya.
Jangan hanya memandang apa yang dihadapan kamu , tapi cuba selami juga apa yang tidak kamu lihat , susah senang nya dan keperitannya ketika berusaha di luar tak pernah kita ketahui ketika di rumah . Jangan tunggu senang untuk bahagia , kerana waktu akan meninggalkan kita , Hargai lah kebahagiaan bersama nya mulai saat susah , ketika senang kelak kebahagiaan akan lebih manis . Hargai lah ,berhentilah mengeluh wahai isteri , kenali lah di sebalik tabir suka duka suami mu yang tak kamu ketahui .

ISTERI SEDIH, SUAMI DAYUS!!!!!


Mat malam ADMIN

Tolong hide nama saya.


    Nama saya N. Saya sudah dekat 2 tahun kawin. Anak saya berumur setahun setengah.  Tapi dari awal perkahwinan suami janji nak kerja.  Tapi smpai sekarang tak kerja. Saya pulak tengah sambung study.  Bila saya mengadu dekat mertua pasal suami tak kerja. Mertua pulak templak saya balik. Dia kata, 

“ siapa suruh sambung belajar. Kalau ada apa-apa masalah jangan suruh laki tanggung kau”.  

       Sedih la awak. Sedih sangat. Dia ingat saya teringin sangat ka sambung belajar.  saya buat semua nie.. Sebab saya fikir.  Masa anak belom sekolahlah saya mesti belajar supaya bila anak da sekolah nanti insha allah saya da kerja dan boleh tanggung keperluan anak. Ptptn tinggal rm200 masa mula-mula masuk sebab yuran.. sakit awak rm200 untuk 1 smester. Suami bila saya mengadu.  Dia buat tak tahu jak. Saya tak nak susahkan parents saya. Sebab ekonomi keluarga saya pon tak baik. Saya tak tahu nak mengadu dekat siapa?

KISAH BENAR: saya ingin berkongsi pengalaman, hubungan mereka telah melepasi.....



Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.


Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan....


Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.Perwatakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.


Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.


Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.


Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan yang tidak diredhoi..

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

"Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan."

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.
Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


~ Muslimah sejati ~

Kronologi Dan Punca Suami Gergaji Isteri Mengandung Hingga Janin Terkeluar


Seminggu sudah pihak polis memburu suspek pembunuhan wanita hamil Nur Astiyah yang mesra di panggil dengan nama Nuri maut dikerat tiga hingga janinnya terkeluar kini teka teki misteri pembunuhan itu sudah di bongkar.

Agus 30 suami mangsa yang hilang selepas kejadian berjaya ditahan di salah sebuah restoran “selera bunda” surabaya pada 20 april 2016 kelmarin oleh anggota Subdirektorat II Kejahatan dan Kekerasan Direktorat Reserse Kriminal Umum Kepolisian Daerah Metro Jaya, Indonesia atas aduan individu yang mendakwa melihat agus setelah kertas buruannya di sebarkan.

Ketika membuat tangkapan detik.com melaporkan agus menangis dan memeluk salah seorang anggota polis dengan wajah yang ketakutan.

“Saat Kami membuat serbuan tiada bantahan dari agus sehingga kami mengiringnya masuk kedalam kendaraan tahanan, kata herry 21.april 2016”

Dipercayai setelah agus membunuh isterinya nuri yang hamil 5 bulan pada 10.04.2016 lalu. Dia meninggalkan tangerang dan menjual hanphone nuri dan meninggalkan potongan badan mangsa serta janin bayi. Mana kala potongan kaki mangsa di buang oleh anak buahnya, eri yang turut membantu dalam pembunuhan tersebut.
Menurut keterangan herri, potongan kaki nuri ditemukan sekitar 500 meter dari kedai handphone tempat agus menjual handphone nuri.

Hasil Bedah siasat .

1. mangsa di aniaya sebelum di kerat
2. senjata parang di jumpai
3. jasad janin bayi sudah rosak dan membusuk dianggarkan berumur 5 ke 6 bulan
4.kedua tangan dan kaki di potong (kepala dan badan bercantum)
5.isi perut keluar.
6.dipercayai mangsa dipotong menggunakan gergaji di setiap bagian sendi.
7. mayat mangsa ditemui sebelum 48 jam.

Punca pembunuhan.

Tuti Agustina Isteri pertama suspek mengatakan bahwa dia tidak menyangka suaminya akan melakukan jenayah yang kejam itu,saya akan meminta cerai selepas proses penyiasatan selesai.

Sebelumnya saya sudah mempunyai firasat bahwa suami saya ada berlaku curang dengan perempuan lain di tangerang namun belum tahu siapa wanita tersebut.

Semuanya terbongkar setelah berita di media massa yang mengatakan bahwa ada seorang wanita mati di kerat oleh suaminya yang bernama agus kusmaidi yang sudah tinggal satu bumbung dengannya.kata tuti

Tuti dan agus menikah pada 2007 dan sudah memiliki seorang cahaya mata yang berumur 7 tahun.




Setelah agus bekerja di tangerang membuatkan ia jarang bertemu dengan suaminya sejak 8 bulan lalu.mereka hanya berhubungan melalui panggilan telepon.

Dari pengakuan agus dia mulai tinggal dengan nuri sejak 14 Ogas 2015 di jalan haji malik pasar cikupa. Sebulan hidup dibawah bumbung yang sama rupanya nuri sudah mengandung anak agus.

Sejak dari pada itu pergaduhan sering berlaku dimana mangsa kerap menuntut status hubungan dan meminta wang Perbelanjaan selama mereka hidup satu rumah.

Rancangan untuk membunuh nuri datang pada 2 april 2016 lalu dan meminta tolong kepada anak buahnya eri tentang rancangannya itu. 

Hinggalah  nuri yang ditemukan dirumahnya maut pada rabu 13.04.2016 dengan keadaan bugil di potong pada kaki,tangan serta bagian perut dan janin terburai

Berdasarkan maklumat jiran mereka, Muplihah berkata hari minggu (10/4/2016) kelmarin mendengar ada sebuah pertengkaran mulut dirumah mangsa kemudian tidak lama selepas itu tidak terdengar apa apa lagi.

“Sehari selepas itu saya mulai mencium bau yang tidak sedap,hari isnin dan selasa sudah tercium tapi tidak terlalu menyegat,hari ini baunya sudah semakin busuk,kami terus membuat laporan polis”.kata saksi

Pelajar Tahun Satu Maut Di Patuk Ular Di Kota Bharu



KOTA BHARU : Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan. Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.

Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.





Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah. 

Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. 

"TANGAN INI YANG MENCARI REZEKI"



Dari bilik mayat sebuah hospital, seorang ustaz keluar dan bertanya apakah si isteri mahu memandikan jenazah suaminya. Si isteri mengangguk tanda persetujuan. Ustaz tersebut kemudian bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya.

Si isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata,
" Inilah janji kita sebagai suami isteri... Jika abang pergi lebih dulu maka
sayalah yang memandikan jenazah abang. Andai saya yang pergi dulu, abanglah yang akan memandikan jenazah saya..."
Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu... wahai suamiku... Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita di akhirat nanti..."
Saat membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri berkata...
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, rezeki yang masuk ke mulut kami... Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku..."
Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, dia berkata lagi...
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-
anakku..., semoga Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda untukmu wahai suamiku ..."
Kemudian ketika membasuh kaki jenazah suaminya, sambil teresak-esak dia berkata...
"Dengan kaki inilah abang keluar rumah mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku... semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan
pahala yang berlipat kali ganda..."
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu dahi suaminya dan berkata...
"Terima kasih suamiku..., aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia bersama keluarga kita... dan terima kasih juga kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu... dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu..."
Subhanallah...
Indahnya saling mencintai karena Allah... meskipun terpisah sementara
di dunia tiada kekesalan kerana yakin bahwa Allah akan mempertemu dan menyatukan kembali di akhirat nanti...
Semoga Allah merahmati kita jua...
Aamiin..